Friday, August 12, 2011

3 fasa ramadhan

3 fasa ramadhan.




“Ramadan ini terbahagi kepada 3 fasa, iaitu 10 ramadan yang pertama adalah rahmat, 10 ramadan yang kedua adalah keampunan dan 10 fasa terakhir adalah fasa pembebasan dari api neraka.”

Kita sudah melepasi 10 hari ramadhan yang pertama, ini bermakna ada lagi 20 hari dan 2 fasa ramadhan yang perlu kita laluinya dengan penuh sabar dan hikmah, sebelum kita berhadapan dengan malam lailatur-qadar yang ditunggu-tunggu oleh Umat islam.

Fasa pertamanya Rahmat (kasih sayang Allah)

Maka berebut-berebutlah kita berdoa kepada Allah SWT supaya diberiNya kasih sayang, dicucuri rahmatNya keatas kita seluruh umat islam.

Seandainya ada 100 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya ada 10 orang pejuang Islam, pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal seorang pejuang Islam, pastikan dia adalah kamu..- Abu al-A’la al-Maududi

Seandainya solat tarawikh ada 100 saf maka pastikanlah salah seorangnya adalah kamu. Seandainya tinggal 10 saf maka pastikan salah seorangnya adalah kamu. Seandainya hanya tinggal 1 saf maka pasti “bilal”nya adalah kamu!

Antara pernyataan diatas kedua-duanya memberi makna bahawa kita perlu mengambil bahagian dan tidak melepaskan peluang. Hari ini sudah masuk hari ke 11 ramadhan. Cuba kita imbas kembali, bertanya kepada diri sendiri, adakah benar kita berada di kelompok “rahmat” di fasa pertama ni?

Adakah kita berasa ‘rahmat’ pada 10 hari yang lepas?
Adakah kita rasa rahmat tak dengan datangnya Ramadhan?
Adakah dengan datangnya ramadhan kita ikhlas beribadah?
Adakah kita hanya sekadar raikannya sahaja?
Adakah dengan ramadhan kita sudah berubah, dari selalu bersangka buruk kepada bersangka baik?
Adakah kita dapat tahan mulut kita dari bercakap kosong?
Adakah kita dapat jaga mata kita dari tengok benda yang sia-sia?
Adakah kita betul-betul beribadah semata kerana kita beriman kepada-Nya dan mengharapkan sepenuh ganjaran hanya dari-Nya.
Moga dengan peringatan ini dapat mengingat kembali untuk terus berjuang. Apa yang diungkapkan diatas, aku sendiri pun belum tentu dapat nak jawab, terasa diri ini masih banyak lagi kekurangan yang perlu dibaiki.

No comments:

Post a Comment