Tuesday, August 16, 2011

4 Jutawan Malaysia Tersenarai Wira Dermawan Forbes Asia

4 Jutawan Malaysia Tersenarai Wira Dermawan Forbes Asia





Terdapat 4 orang Jutawan Rakyat Malaysia tersenarai sebagai Wira Dermawan daripada 48 orang yang tersenarai dalam Forbes Asia. Mereka terdiri daripada Datuk Vijay Eswaran dari Kumpulan Syarikat QI, Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corporation Bhd, Pengasas IJM Corp; Koon Yew Yin dan arkitek terkemuka Hijjas Kasturi dan isteri, Angela Hijjas.

Senarai itu disusun oleh Forbes Asia setiap tahun dengan tujuan memperkenalkan tokoh terkemuka di rantau ini yang banyak menyumbang harta kekayaan mereka untuk tujuan kebajikan.

1. Datuk Vijay Eswaran dari Kumpulan Syarikat QI

sumbangan meluas bernilai jutaan dolar bagi pelbagai tujuan di seluruh dunia termasuk inisiatif program kesihatan awam, pendidikan dan kebudayaan.
Beliau mengendalikan syarikatnya berasaskan falsafah RYTHM, singkatan bagi ‘Raise Yourself to Help Mankind’ (Memajukan Diri Anda Bagi Membantu Kemanusiaan) yang diterapkannya di kalangan warga kerja perniagaannya di seluruh dunia.
Kepelbagaian urus niaga kumpulan syarikatnya termasuk peruncitan, pengembaraan, telekomunikasi, jam tangan, produk mewah, kecergasan, latihan, teknologi dan pelaburan korporat.

2. Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Corporation Bhd

berikrar untuk menderma sekurang-kurangnya separuh daripada kekayaannya untuk kerja amal.
Ini berikutan keputusannya untuk menyertai ‘The Giving Pledge’ yang diilhamkan oleh Bill Gates, isterinya Melinda dan Warren Buffett.

3. Koon Yew Yin, Pengasas bersama IJM Corp

menderma kira-kira US$300,000 (RM900,000) setahun untuk pelbagai tujuan.
Beliau juga membiayai biasiswa pelajar yang memerlukan dan menaja 80 pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman.
Beliau sebelum ini berkata mempelajari nilai pendidikan bagi keluar dari kemiskinan selepas membesar dalam keluarga seramai 12 adik beradik.

4. Hijjas Kasturi, Arkitek terkemuka

bersama isterinya; Angela Hijjas menaja dan menjadi hos lebih 100 artis, penulis dan penggiat seni sejak memulakan program residen pada 1994 di rumah tradisional Melayu mereka di satu taman tropika di luar Kuala Lumpur.
Program itu dibiayai sebahagiannya oleh keuntungan dari satu hotel butik di Georgetown, Pulau Pinang, yang mereka tukar dari satu kluster rumah kedai sebelum perang. Pemuliharaan itu membantu menghidupkan kawasan tinggalan dan menjadi satu studio untuk artis.


Sumber: http://eiz1004.upprofits.com/4-jutawan-malaysia-tersenarai-wira-dermawan-forbes-asia/#ixzz1VCekFu3U

No comments:

Post a Comment