Friday, August 12, 2011

Akhbar The Star Siar Gambar Babi Juadah Ramadhan dalam sisipan Ramadhan Delight

Akhbar The Star Siar Gambar Babi Juadah Ramadhan dalam sisipan Ramadhan Delights

Share

pejuangmelaka-Ketua Pengarang akhbar The Star telahpun dipanggil oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ekoran penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir dalam sisipan akhbar The Star semalam, bertarikh 9 Ogos 2011 lah kut.

Dalam artikel bertajuk ‘Ramadan Delights’ itu memuatkan gambar masakan daging khinzir serta artikel restoran tidak halal yang menyediakannya. Dekat sekolah aku memang ada akhbar The Star, hehari ada, tapi aku jarang belek akhbar omputehs ni.. Sebab bila karangan panjang, susah sikit nak faham..



Tapi, hasil Google, jumpalah jugak dengan gambar artikel yang diperkatakan tu. Rasanya betullah kut. Korang nilai sendiri k. Maybe gambar tak berapa nak clear. Kredit to : Dperbatasan




Untuk yang tak tahu, sisipan akhbar The Star yang bertajuk Ramadhan Delights itu adalah ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa. Bagus gak lah kan niat tu..tapi kesalahan macam ni sepatutnya tak patut berlaku.



Seharusnya sebelum dicetak, ada badan penyemak. Kadang-kadang terfikir jugak, siapa penulis untuk cadangan juadah berbuka tu kan? Orang Islam sendiri ke? Puasakah beliau? Wallahualam.. Apapun, harapnya, memana pihak sekalipun, lebih alert pasal perkara macam ni sebab ianya memberikan impak yang sangat besar!



Akhbar The Star telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu. Apapun, memang pelik, makin menjadi-jadi pula isu tak sedar itu, tak sedar ini sekarang ni kan?

No comments:

Post a Comment