Friday, August 19, 2011

CheguBard Sedia Disaman Jacob & Co.




KUALA LUMPUR – Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia, Badrul Hisham Shaharin bersedia untuk menghadapi sebarang tindakan undang-undang atau saman dari syarikat pengeluar berlian terkemuka dunia, Jacob & Co.,

Badrul Hisham yang lebih dikenali sebagai CheguBard PKR itu turut mencabar syarikat yang berpengkalan di Amerika Syarikat itu untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya berhubung dakwaannya mengenai pembelian cincin oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

“Samanlah, saya tunggu!

“Itu peluang saya jumpa Rosmah di mahkamah,” katanya melalui sistem pesanan ringkas (sms) kepada mynewshub.my, hari ini.

Sumber blog APANAMA di http://apanama2020.blogspot.com, hari ini mendakwa syarikat Jacob & Co. akan bertindak menyaman CheguBard ekoran dakwaannya bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, telah membeli sebentuk cincin berharga RM74 juta dari syarikat tersebut.

Menurut pemilik blog itu, syarikat pengeluar berlian terkenal itu amat prihatin dengan penjenamaan dan imejnya di mata dunia, serta enggan namanya tercalar oleh dakwaan liar yang dilakukan oleh CheguBard.

Hasil siasatan yang dilakukanoleh pemilik blog APANAMA sebelum ini menunjukkan bahawa cincin berlian itu hanya masuk ke Malaysia dalam tempoh empat hari untuk tujuan pameran dan kemudiannya dihantar pulang ke syarikat tersebut di luar negara.

Selain itu, dilaporkan bahawa harga sebenar cincin itu adalah RM24 juta sahaja berbanding dakwaan RM74 juta sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh beberapa pemilik blog pro-pembangkang yang menyambut isu yang dipelopori oleh CheguBard itu.

Blog tersebut turut melampirkan dokumen-dokumen sebagai bukti untuk menyokong hasil siasatannya itu.

CheguBard sebelum itu turut mendakwa memiliki bukti kukuh atas perkara itu dan telah bertindak membuat laporan polis terhadap Rosmah berhubung dakwaan tersebut.

Oleh: ZAMZUKHAIRI NOORDIN



Sumber : Sini

No comments:

Post a Comment