Tuesday, August 16, 2011

Ciri-Ciri dan Kelebihan Orang KIDAL

Ciri-Ciri dan Kelebihan Orang KIDAL, Stigma dan Prejudis Masyarakat


Encik Billy tak pastilah sama ada anda pernah mengalami situasi ini atau tidak; jika anda seorang yang kidal, anda mungkin dipandang dengan pandangan yang jelik atau orang berasa pelik dengan anda terutamanya orang-orang tua. Seolah-olah ada satu stigma yang menyatakan; orang kidal adalah 'tidak baik' atau 'jahat' atau 'berkasta rendah'. Ya...inilah yang selalu dihadapi oleh en. Billy, kerana en. Billy adalah seorang yang kidal.

Antara persoalan yang pernah en. Billy hadapi; "Eh, kamu ni kidal ke? Habis tu makan guna tangan apa? Basuh berak tangan apa?" Soal seorang mak cik dengan pandangan sinis dan jelek. Oh, kejam sungguh soalan itu!




Itu mungkin boleh tahan lagi. Seorang kawan encik Billy pernah dipukul beberapa kali oleh bapanya hanya kerana dia seorang kidal (menulis menggunakan tangan kiri) dan dia dipaksa menulis menggunakan tangan kanan sehinggalah berjaya.

Seriously, mengapa sampai macam tu sekali stigma dan prejudis masyarakat terhadap orang kidal? Ada yang boleh jelaskan?


Penerimaan terhadap Kidal

Situasi di atas adalah situasi yang encik Billy pernah hadapi kira-kira 10 tahun yang lalu. Walaupun mungkin stigma seperti itu masih wujud pada hari ini, namun rata-ratanya kini masyarakat sudah boleh menerima dan membuang stigma negatif terhadap golongan kidal.

Kebanyakan ibu bapa pada tahun 70-an dan 80-an yang keberatan anaknya kidal akan memaksa anaknya yang kidal itu untuk menggunakan tangan kanan. Tetapi sekarang diketahui bahawa orang kidal lebih unggul, seperti menjadi juruterbang atau kemampuan berbicara dan mengemudi pada saat yang sama. Tetapi sebaliknya ibu bapa moden di Amerika ketika ini didapati 90% inginkan anaknya kidal kerana pelbagai kelebihannya.




Hari ini, golongan kidal dianggap sebagai golongan yang cerdik dan terpelajar, bijak dalam sains dan matematik, kreatif dalam kesenian dan berbagai-bagai lagi kelebihan.


'The Truth about Kidal'

Menulis tidak dapat digunakan untuk menentukan apakah seseorang kidal atau tidak, kerana sebahagian orang yang kidal menggunakan tangan kanannya untuk menulis, sementara untuk segala hal yang lainnya menggunakan tangan kanannya.

Kira-kira 8–15% daripada penduduk dewasa adalah kidal. Pelbagai kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa tangan kidal lebih umum ditemui di kalangan lelaki daripada perempuan dan lebih banyak di kalangan golongan heteroseksual dibandingkan dengan golongan homoseksual.



Dibandingkan dengan masyarakat umum, tangan kidal sering berlaku di kalangan kembar seiras dan sejumlah kelompok orang yang mengalami gangguan neurologi (epilepsi, Sindrom Down, autisme, terencat mental,dll.) Dari segi statistik, seseorang yang memiliki saudara kembar yang kidal mempunyai 76% kemungkinan untuk juga kidal.


Hubungan kidal dengan otak

Secara amnya kidal juga bermaksud lebih menguasai otak di sebelah kanan. Ini adalah kerana otak kita berfungsi secara menyongsang iaitu otak sebelah kiri menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kanan dan otak sebelah kanan pula menguasai bahagian tubuh badan yang di sebelah kiri.


Otak sebelah kiri (cenderung menggunakan tangan kanan) menguasai kawalan pertuturan, bahasa, tulisan, lojik, matematik dan sains.

Otak sebelah kanan (cenderung menggunakan tangan kiri) menguasai kawalan muzik, seni, kreativiti, tanggapan, emosi dan kebijaksanaan. Dengan penguasaan otak ini adalah dikatakan individu kidal lebih bijak dari segi kreativiti dan seni berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan.

Fakta Ringkas:
1. Secara kasarnya sekitar 10-15% daripada penduduk dunia adalah kidal.

2. Orang kidal tidak semestinya mempunyai kedua ibubapa yang juga kidal.

3. Menurut kajian tidak ada sesiapapun yang dapat mendefinasikan mengapa sesetengah individu itu dilahirkan kidal. Tidak ada gen yang mengaitkan orang kidal dapat dikenalpasti, tetapi ianya mempunyai kaitan didalam sesebuah keluarga.

4. Leonardo da Vinci menulis kesemua data peribadinya dari kanan ke kiri (seperti penulisan jawi) sehinggakan sesiapa yang ingin membacanya terpaksa menggunakan cermin utk. menterjemahkan mesej-mesejnya.

5. Hari istimewa untuk orang kidal adalah Hari Kidal Sedunia yang disambut pada 13 Ogos setiap tahun.

6. Lebih ramai lelaki yang kidal berbanding perempuan

No comments:

Post a Comment