Saturday, August 20, 2011

GLC Sabotaj Kerajaan : CIMB & Nazir Razak



GLC Sabotaj Kerajaan : CIMB & Nazir Razak
Dalam beberapa episod akan datang, MYKMU.NET akan mengutarakan sikap, tindak-tanduk dan gerakan beberapa Government Link Company (GLC) yang sama ada secara sedar atau tidak sedar, sama ada terancang atau tidak peduli telah mensabotaj kerajaan Barisan Nasional sedikit demi sedikit. Mungkin sebahagian GLC sudah boleh dianggap Government “Lingkup” Company, iaitu sama ada mereka melingkupkan kerajaan atau mereka sendiri dalam keadaan sudah melingkup.
Bank CIMB Membantu Malaysiakini Melingkupkan BN
CIMB merupakan gabungan beberapa buah bank yang asalnya bertunggakkan Bank Bumiputera Berhad. Ia kemudiannya ditukar kepada Bumiputera Commerce Berhad dan akhirnya kepada CIMB setelah berlakunya penggabungan dengan Southern Bank dan juga penjenamaan semula (rebranding).
Sungguhpun kumpulan politik bumiputera tidak berpuas hati dengan pengguguran nama bumiputera namun tidak ramai membantah secara terbuka kerana tidak mahu dilihat sebagai perkauman.
Seorang pemimpin UMNO dalam keadaan bergurau berkata masih ada perkataan Melayu di CIMB cuma Melayu dan bumiputera bukan keutamaan lagi. Kata beliau CIMB merupakan bank 1 Malaysia kerana ia singakatan kepada Cina, India, Melayu Bank.
Mungkin kerana keutamaannya ialah Cina maka Melayu tidak boleh mengharapkan apa-apa yang istimewa kepada bank tersebut sungguhpun ia dipimpin oleh adik Perdana Menteri, Nazir Tun Razak.


Yang sungguh mengejutkan CIMB bukan sahaja mengutamakan Cina biarpun majoriti penyimpannya ialah bumiputera, malah sanggup mengiklan di dalam Malaysiakini.com, portal berita yang menjadi alat menjahanamkan Barisan Nasional dan kerajaan Malaysia.
Saban hari Malaysiakini menyiarkan berita propaganda memburukkan kerajaan, Perdana Menteri, Barisan Nasional, UMNO dan orang Melayu, namun CIMB yang dikuasai oleh kerajaan dan orang Melayu membutakan mata hati mereka terus memberi tajaan bernilai mungkin jutaan ringgit setahun untuk Malaysiakini.com.
Apakah wajar sebuah GLC yang dipimpin oleh adik Perdana Menteri menyediakan peruntukan iklan kepada Malaysiakini sebuah portal berita yang bukan sahaja kerjanya menjatuhkan BN sejak 1999, malah dikhabarkan menerima banyak peruntukan dalam dan luar negara bagi melemahkan kerajaan sedia ada.
Dalam masa yang sama kita dapati tidak pernah sekali pun CIMB mengiklan atau menyediakan peruntukan iklan kepada akhbar Sinar Harian yang diterbitkan dan dimiliki oleh pengusaha bumiputera dan pekerjanya hampir 95% adalah bumiputera.
Jika mahu dilihat sumbangan Sinar harian kepada kerajaan dan negara jauh lebih baik berbanding Malaysiakini yang hanya menyumbang kebencian generasi muda kepada kerajaan. Lihat sahaja dalam isu Daftar Pemilih Pilihan Raya. Malaysiakini sentiasa berusaha menimbulkan keraguan dan menanamkan propaganda bahawa kerajaan melakukan penipuan dalam daftar pemilih biarpun telah beberapa kali terbukti tuduhan dan propaganda mereka tidak benar.
Telah banyak kali Sinar Harian menjalankan penyiasatan mereka sendiri dan membuktikan hampir 90% dakwaan yang diterbirkan oleh Malaysiakini merupakan dakwaan palsu dan bersifat semberono. Namun portal tersebut terus menerbitkan bahan-bahan berunsur hasutan bagi menanamkan dalam pemikiran pembacanya bahawa kerajaan hari ini korup, penipu dan tidak telus dalam daftar pemilih.
Namun CIMB masih terus mengiklan dalam Malaysiakini dan tidak menyumbang apa-apa kepada Sinar Harian.
Kita pasti CIMB akan memberi alasan bahawa penyiaran iklan ditentukan oleh syarikat ketiga yang diberikan kontrak oleh bank tersebut untuk menguruskan iklan CIMB. Alasan ini selalu diberikan oleh pegawai GLC bagi melepaskan tanggungjawab atau sememangnya “bodoh dan bendul” dalam dunia pengiklanan atau memang ia mahu membantu menjahanamkan BN.
Bukankah aneh peruntukan berpuluh juta setahun oleh GLC seperti CIMB tetapi keputusan untuk mengiklan di mana ditentukan sepenuhnya oleh pihak ketiga?
Sekarang kita mahu jawapan daripada Nazir Tun Razak mengapa CIMB berterusan mengiklan di portal-portal berita yang pro-pembangkang sehingga mensabotaj usaha abangnya sendiri untuk memulihkan imej negara dan juga menguatkan Barisan Nasional?
Wajarkah beliau terus kekal sebagai CEO CIMB sekiranya beliau gagal menguruskan hal-hal sebegini sehingga menjadikan CIMB sebagai penyumbang tidak langsung kepada kerja-kerja menjatuhkan kerajaan BN?

Sumber : MyKMU

No comments:

Post a Comment