Sunday, August 14, 2011

Ingatlah Bangsaku

Imam Zul orang kuat Nizar di Taman Song Choon tidak mahu uruskan jenazah Mualaf




Zulkifli Bin Tapison atau lebih dikenali dengan Imam Zul orang kuat Nizar dikatakan tidak mahu menguruskan jenazah seorang mualaf yang bernama Sathya Moorty A/L Subramaniam atau nama Islamnya Mohd Firdaus Moorthy Bin Abdullah no kad pengenalan 750228 - 08 - 5497.



Pengesahan status dari jabatan Agama Islam Perak

Difahamkan Mohd Firdaus meninggal dunia dalam satu tragedi kemalangan jalanraya di Ipoh. Menurut seorang penduduk di Taman Song Choon yang tidak mahu dikenali, semasa jenazah Mohd Firdaus berada di Jabatan Forensik Hospital Ipoh, waris terdekat telah dihubungi bagi menuntut jenazah itu, apabila pengurus jabatan Forensik Hospital Ipoh mengesyaki Mohd Firdaus adalah Islam dari kad pengenalannya, lalu pihak jabatan menghubungi Jabatan Agama Islam Negeri Perak bagi mengesahkan status keislaman Mohd Firdaus. Jabatan Agama Islam Negeri Perak telah mengeluarkan surat di atas bagi mengesahkan status keislamannya seperti di atas.



Jabatan Agama Islam kemudianya mengarahkan Jabatan Forensik menghantar jenazah ke rumah waris Mohd Firdaus di N0. 10 Lorong 11 Taman Song Choon bagi memberi keadilan kepada keluarga asal Mohd Firdaus melihat buat kali terakhir.

Apabila mengetahui Jenazah Mohd Firdaus telah dihantar ke rumah keluarga asalnya yang masih beragama Hindu, penduduk yang tidak mahu dikenali ini segera menghubungi saudara Zulkifli Tapison atau imam Zul bagi menguruskan jenazah berkenaan yang berada di rumah keluarga asalnya. Difahamkan Imam Zul dan beberapa AJK surau yang terkenal kubu kuat Pas telah pergi ke rumah Mohd Firdaus, malangnya jawapan dari Imam Zul adalah "dia tidak boleh berbuat apa-apa kerana keluarga asal Mohd Firdaus telah membuat upacara agama asalnya".

Akibat tidak puashati, individu ini telah menelefon Jabatan Agama Islam Perak bagi memaklumkan bahawa Imam Zul tidak mahu menguruskan jenazah itu. Kemudian Jabatan Agama Islam negeri Perak mengarahkan jenazah Mohd Firdaus dihantar semula ke Jabatan Forensik bagi dikafankan secara Islam. Setelah jenazah dimandi, dikafankan dan disembahyangkan mengikut Islam oleh rumah mayat jenazah itu kemudiannya selamat dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Sungai Rapat selepas waktu zohor pada 01 Feb 2011.

Apa yang saya hendak nyatakan di sini adalah sikap sebagai Imam Zulkifli yang sering berceramah bersama DS Nizar di pentas PAS tentang Islam, tentang kehebatan Pas menerajui Islam tetapi sebenarnya mereka langsung tidak bertanggungjawab dalam hal-hal yang berkaitan dengan fardu Kifayah. Apa guna sebagai imam perkara sedemikian pun dibuat mudah seolah-olah mereka tidak bertanggungjawab terhadap seorang mualaf yang bernama Mohd Firdaus yang telah dibuang oleh keluarga akibat memeluk agama Islam.

Saya juga tidak menyalahkan keluarga asal Mohd Firdaus, pada mereka oleh kerana orang Islam sudah tidak mahu mengambil tahu jenazah itu maka mereka lakukan upacara mengikut cara keagamaan mereka.

Kalau inilah keadaannya, apakah akan ada lagi orang yang beragama lain akan memeluk agama Islam? setelah melihat senario kes Mohd Fidaus ini. Mereka memandang Islam mengabaikan seorang mualaf yang telah dibuang keluarga dan akhirnya membiarkan tanpa menguruskan jenazah itu.

Islam itu telah lama muncul di muka bumi ini sebagai rahmatanlilalamin...
sajak pertama Islam datang hal itu membuat sebuah persaudaraan di antara kaum madina dan kaum arab mekah... persahabatan yang terjalin sangat baik... itu di sebabkan Oleh sistem islam yang sangat mengenal persaudaraan sesama muslim ...

Barangsiapa yang memperhatikan kepentingan saudaranya,maka Allah akan memperhatikan kepentingannya.
Barangsiapa yang melapangkan suatu kesulitan sesama muslim,maka Allah akan melapangkan satu kesulitan dari beberapa kesulitan dihari kiamat.
Dan barangsiapa yang menutupi kejelekan orang lain maka Allah akan menutupi kejelekannya dihari kiamat.
Muttafaq allaihi

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shollallohu �alaihi wa sallam bersabda : Janganlah kalian saling dengki, saling menipu, saling marah dan saling memutuskan hubungan.
Dan janganlah kalian menjual sesuatu yang telah dijual kepada orang lain. Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lainnya, (dia) tidak menzaliminya dan mengabaikannya, tidak mendustakannya dan tidak menghinanya.
Taqwa itu disini (seraya menunjuk dadanya sebanyak tiga kali). Cukuplah seorang muslim dikatakan buruk jika dia menghina saudaranya yang muslim. Setiap muslim atas muslim yang lain; haram darahnya, hartanya, dan kehormatannya.
Hadits 35 (Kumpulan Hadits Arbain - Imam Nawawi)

No comments:

Post a Comment