Thursday, August 25, 2011

KEBANGKITAN DARI TIDUR


Kebangkitan Amerika dari tidur lena.


Bukan, kita di Malaysia saja yang mengkaji konspirasi ini, ramai rakan-rakan kita dari negara-negara lain juga menyelidik serta meneliti perkara yang berlaku pada sekeliling kerana merasakan ada "sesuatu yang tak kena", termasuk juga Amerika. Sesetengah orang kita cukup bencikan Amerika, kerana mereka percaya bahawa Amerika pencetus kepada keganasan, tapi kami akan beritahu anda bahawa, kami akan tolong mereka, walaupun mereka bukan saudara kita, kerana mereka hanya digunakan sebagai bahan mentah, DAN ada dalang besar di sebalik mereka. Jika dapat disedarkan, sedarkanlah semua manusia ini, jangan bersifat Asabiyah hanya menyedarkan kaum kita saja, kita biar kaum lain hanyut. Tak kira, apa warna kulit, apa agama, mereka perlu di bangunkan. Kita tidak mahu mereka terus dibuai lena. Apabila mereka sedar dan "mula" mencari kebenaran secara tidak langsung mereka akan semakin hampir dengan Islam.

Sejak berlakunya peristiwa 9-11, ia merupakan tarikh pencetus kepada rakyat Amerika untuk mengkaji peristiwa aneh yang berlaku di sekitar mereka. Kebanyakkan mereka juga telah menyedari bahawa mereka ditipu hidup-hidup melalui peristiwa itu. Lihat hari ini semakin ramai rakyat Amerika menganut Islam setelah mengkaji peristiwa penting tersebut serta konspirasi-konspirasi yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Orang Amerika juga sudah "mula" sedar betapa mereka dipergunakan oleh Dajjal. Disebabkan itu hari ini lahirlah orang-orang yang mempunyai "high curiosity" untuk mengkaji sejarah dan konspirasi antarabangsa seperti David Icke, Mike Hanson dan Alex Jones. Demi untuk mengkaji pelbagai konspirasi yang berlaku, mereka telah mengeluarkan pelbagai hipotesis berkaitan dengan Dajjal. Macam-macam teori mereka kemukakan berdasarkan kertas siasatan mereka, seperti Obama, George Bush dan Pope John Paul II sebagai Anti Christ, David Rockefeller sebagai Dajjal sebab menguasai 50% harta seluruh dunia, dan pengaruh politik yang kuat.
Ini salah satu video contoh tentang pembentangan teori mereka.



Terdapat juga penyelidik popular seperti Canadian Prof David Livingston, menganut Islam selepas membuat penyelidikan berkaitan konspirasi dunia. Sebenarnya mengkaji konspirasi dunia ini menyebabkan kita semakin dekat dengan Al-Quran dan Sunnah. Kerana Al-Quran dan Sunnah ialah 2 rujukan yang ditinggalkan oleh Rasulullah, sesiapa berpandukan 2 ini tidak akan sesat! Sebab itu zaman dahulu, Mak dan Ayah atau Atok Nenek kita berpesan supaya kita mengaji Al-Quran, bukan setakat membaca Al-Quran. Begitu penting nya mengaji Al-Quran, kerana segala macam ilmu semua ada di dalamnya. Hanya yang mengaji akan ketahui rahsia di sebaliknya. Dajjal yang hebat dalam konspirasi ini telah lama mengkaji Al-Quran, walaupun mereka kata mereka tidak percaya, tapi tetap mereka mengkajinya. Sebenarnya mereka telah tahu cara hidup yang betul, pelbagai teknologi juga mereka peroleh hasil dari kajian mereka terhadap Al-Quran.
Sebagai contoh penulis seperti I. D. Campbell , telah menghasilkan karya membongkar teori-teori kristian seperti There is No Trinity, Islam is the truth dan sebagainya. Sila layari laman web berikut untuk keterangan lanjut: http://www.islamisthetruth.org/
Semakin hari semakin ramai American bangkit dari tidur, pada pemerhatian kami, tidak lama lagi, Dajjal tidak akan menggunakan Amerika sebagai proksi kuasa. Dajjal akan terus menggunakan Israel. Di awal-awal dahulu, Dajjal menggunakan British sebagai proksi (menyorok di belakang British), hari ini Amerika, dan sekiranya Amerika telah bangun, dijangkakan Dajjal akan menggunakan Israel. Lihatlah hari ini, apa saja yang berlaku di dunia, akan menguntungkan Israel, tak kira apa pun, seolah-olah ia pusat pengumpulan kuasa, dan kemungkinan tentera dajjal.
Jika anda telah membuat kajian tentang illuminati dan freemason, kami sarankan untuk anda pergi tengok wayang untuk lihat unsur-unsur illuminati berada di wayang. Anda akan dapat kesan. Sebagai contoh angel vs demon (terang-terangan), Alien vs Monster dan Drag me to hell. Tujuan kami memberitahu anda perkara ini, ialah untuk menjadi kan anda lebih peka dengan sekeliling, dan mengetahui bahawa unsur-unsur mereka juga ada dalam kehidupan kita tanpa kita sedar.

Sharing is caring.. "Sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat"
Harap share di facebook atau twitter anda.. Salam Perjuangan..

No comments:

Post a Comment