Monday, August 29, 2011

Kerana Budi Ideologi ku Begini..





Mungkin disebabkan dia dah termakan budi terpaksa jadi begini..

PETALING JAYA: Kerajaan DAP Plau Pinang digesa memberi penjelasan berhubung dakwaan penyelewengan wang rakwat apabila bil rawatan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dibiayai sepenuhnya oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBA).
Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menjawab mengenai tuduhan yang didedahkan menerusi beberapa laman blog mengenai kos rawatan yang dituntut iaitu berjumlah lebih Rm8,000.
Bagaimanapun menerusi dokumen yang didakwa merupakan bil rawatan sebuah hospital terkenal di Selangor kos rawatan sebenar adalah berjumlah RM5060.55.
"Yang dituntut melebihi RM3,000 daripada kos rawatan sebenar. Jadi ini adalah bukti wujudnya amalan penyelewengan wang rakyat di Pulau Pinang.
"Kalau sebelum ini Guan Eng kata Pulau Pinang bebas daripada amalan penyelewengan, ingin saya nyatakan bahawa ini sememangnya tindakan penyelewengan...beliau perlu jawab," katanya pada sidang media pada Sabtu.
Selain itu menurut Reezal, walaupun Mohamad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' merupakan Ahli Lembaga Pengarah PBA, namun beliau tidak mempunyai asas yang kukuh untuk menuntut anak syarikat kerajaan Pulau Pinang itu menanggung kos rawatannya.
Katanya menerusi perjanjian kolektif (CA) antara PBA dengan pekerja, syarikat itu tidak akan membayar kos rawatan terhadap kesakitan yang diakibatkan oleh penyertaan aktiviti haram.
"Apa istimewa sangat Mat Sabu? RM 8,000 ini digunakan untuk membiayai perbelanjaan rawatan beliau yang diakibatkan oleh penyertaan beliau dalam perhimpunan haram Bersih," katanya.

No comments:

Post a Comment