Sunday, August 21, 2011

Konspirasi Wikileaks?


Konspirasi Wikileaks?


Wiki leaks merupakan suatu perkara yang tidak asing lagi bagi kita semua dewasa ini. Pertama kali ketika saya mendengar mengenai pendedahan ini dilakukan saya tersenyum sendirian sambil berbisik "Ia semakin hampir". Ia menjadi isu hangat yang sering diperkatakan di seluruh dunia kerana kebocoran maklumat sulit Amerika.

Cuba kita fikirkan kehebatan sistem keselamatan Amerika? Sudah pasti anda akan menyatakan "Amerika adalah negara yang hebat dilengkapi dengan pelbagai peralatan yang moden dan canggih". Tetapi mengapa perkara-perkara yang remeh temeh ini turut berlaku.

Kebocoran sistem maklumat sulit Amerika?

Mari kita samakan dengan Kejadian 9/11, bagaimana pengganas dapat memasuki ruang udara pentagon sedangkan ia di awasi oleh sistemsurveillance yang hebat dan yang terunggul di dalam dunia. Tetapi masih dikecam dengan serangan pengganas?

Mengapa Amerika diserang pengganas?

Hipotesis awal saya menyatakan bahawa wujudnya konspirasi dan persedian mereka dalam melakukan ritual pada tahun 2012 yang akan datang. Mereka akan meruntuhkan ekonomi dunia dengan menghancur ekonomi Amerika. Kemudian mereka akan mewujudkan kekacauan dan menukar ekonomi dunia ke israel.

Jika riba` mata wang, kewujudan wang elektronik dan ekonomi dunia telah mereka pegang maka, apakah yang tinggal untuk kita semua? kemiskinan dan kemudaratan. Bijak mereka dalam mengatur persiapkan bagi menyambut The False Messiah. 

Apa pun yang mungkin akan berlaku sama-samalah kita mempersiapkan diri dalam menuju kepada pengakhiran.

Mulakan dengan menyimpan dinar dan dirham kerana mungkin ia berguna di masa hadapan. Wallahualam..

No comments:

Post a Comment