Friday, August 19, 2011

Melayu Mudah Lupa





“Jadi tak perlulah percaya dengan provokasi media Umno pada masa ini yang begitu agresif memainkan isu gereja dan murtad. Kenapa setelah puluhan ribu dilaporkan murtad sepanjang Umno/BN berkuasa baru sekarang tiba-tiba melenting?
“Saya masih ingat dulu saya telah berceramah tentang ada orang Melayu yang dikristiankan dan saya dedahkan ada paderi berbangsa Melayu, tapi selepas itu saya yang kena ISA.
“Saya kalau nak beritahu, Umno kalau betul-betul nak jaga Islam mereka tak tukar cuti hari Jumaat kepada hari Ahad seperti yang berlaku di Johor dan Perlis,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PAS Pahang di Darul Amin, Sungai Gau di sini semalam.
Diatas adalah diantara petikan daripada ucapan yang disampaikan oleh Si Mat Sabun ni mengenai isu pemeriksaan JAIS terhadap sebuah Gereja di DUMC.

Apa yang jelas, kenyataan Timbalan Presiden PAS tu hanya menampakkan betapa ceteknya pemikiran seorang yang mengaku kata dia memperjuangkan Islam.

Jika betul la PAS konsisten dalam memperjuangkan isu murtad ni, kenapa ianya masih tidak dapat dikawal? Apa tindakan yang telah mereka lakukan untuk menanganinya?

Apa buktinya yang membuatkan PAS boleh mendabik dada dengan mengatakan mereka secara istiqomah menentang perkara tersebut?

Padahal, sekarang mereka lah penyokong kuat orang yang banyak memurtadkan umat Islam didalam Negara ini iaitu Si Ambiga tu. Adakah Si Mat Sabun tak sedar akan perkara ini?

Adakah Si Mat Sabun ni tak sedar, siapa yang mula - mula mempertikaikan tindakan JAIS yang membuat pemeriksaan itu terlebih dahulu?

Bukan ke pemimpin mereka juga yang mula - mula mengecam tindakan tersebut sambil menyifatkan pendirian Exco Kerajaan Negeri sebagai pendirian peribadi?

Dia jugak yang menyatakan bahawa tindakan UMNO tidak membenarkan cuti hari Jumaat, tapi, kenapa dia tak desak Kerajaan Negeri Pakatan buat keputusan tersebut?

Suruh la Selangor, Kedah dan Pulau Pinang ambik cuti hari Jumaat bagi menggantikan cuti hari Ahad. Macam mana? Dia berani tak nak desak mereka?

P/S- Apabila Berkuasa Semuanya Lupa..Harap Jangan lupa amanah Rakyat..Melayu Mudah LUPA..

Salam Perjuangan..

No comments:

Post a Comment