Sunday, August 14, 2011

Nabil Raja Lawak dan Nazirah Ayub bakal berkahwin September 2011

Nabil Raja Lawak dan Nazirah Ayub bakal berkahwin September 2011






Saya tidak mahu menunggu lama lagi. Bukan terburu-buru, tetapi saya tidak mahu pisang berbuah dua kali selepas percintaan dengan Irma Hasmie selama dua tahun dulu kecundang di tengah jalan.

Selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dan gosip cinta, artis komedi, Ahmad Nabil Ahmad, 28, membuat pengakuan mahu mengakhiri zaman bujang apabila memilih bekas pramugari syarikat penerbangan AirAsia Bhd, Nazirah Ayub, 23, yang dikenalinya sejak enam tahun lalu, sebagai suri hidupnya.bharian

Ramai sungguh artis yang nak melangsungkan perkahwinan mereka lepas raya ni...ambil berkat bulan Syawal nampaknya. Semoga Nabil dan Nazirah bahagia dengan perkahwinannya nanti.

No comments:

Post a Comment