Saturday, August 13, 2011

Pelajar Malaysia Cedera Kerana Terjatuh Bukan Dibelasah Di London

Pelajar Malaysia Cedera Kerana Terjatuh Bukan Dibelasah Di London







Semalam digemparkan dengan berita mengenai seorang pelajar tajaan MARA dibelasah oleh perusuh di London.Penyebaran video pelajar berkenaan dibelasah telah mendapat perhatian orang ramai.



Tetapi hari ini,pelajar berkenaan telah selamat dibedah dan menurutnya:-


“Orang kata saya turut ditikam, tapi mujur tak kena. Saya tak nampak pisau, tapi orang di flat berdekatan memberitahu kelompok perusuh itu bersenjatakan pisau”

Muhammed Asyraf Haziq Rossli turut menceritakan bagaimana kejadian sebenar berlaku:-

“Saya sedang mengayuh basikal ketika itu dan memang tak boleh buat apa-apa kerana mereka ramai, (ketika dikerumuni) ada yang seluk belakang baju sejuk berhud yang saya pakai dan ada ambil telefon.

“Mereka juga tarik basikal yang saya tunggang menyebabkan saya jatuh dan mulut berdarah. Masa jatuh itulah saya rasa rahang saya sudah patah dan mereka semua lari apabila nampak saya berdarah,” katanya lagi.

Asyraf yang berada di Royal London Hospital mendapat kunjungan daripada wakil Kelab Umno London kelmarin.Turut hadir ke hospital berkenaan adalah Dr Mukhriz.

Syukur kerana belajar berkenaan selamat dan perkara ini telah merisaukan ibubapa pelajar di Malaysia dan kita harapkan para pelajar Malaysia yang menuntut di England agak tidak menghampiri kawasan rusuhan dan sentiasa berjaga-jaga serta menjaga keselamatan antara satu sama lain.

Sekian.

Sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/2011081101160820110811011608/Article

No comments:

Post a Comment