Thursday, August 18, 2011

Pengganti tok imam






Ketika ingin menunaikan solat,tok imam pon mulakan dengan takbiratul ihram,tetapi tidak boleh melakukannya kerana tidak khusyuk,kemudian ada seorang makmum (ali) merelakan diri untuk menjadi imam.
Ali: tok imam!!!tok pergi duduk jadi makmum je lah kat belakang,biar saya saja yang menjadi imam.

Imam:marilah..sambil berkata dalam hati..alhamdullilah..

Lalu Ali mengangkat takbiratul ihram dengan sekali saja..

Ali:tengok tok!!sekali ja..


Ali memulakan semula solat..setelah memberi salam pada rakaat terakhir..semua makmum memujinya..

Bacaan solatnya sangat baik dan merdu suaranya, hinggakan orang tua khusyuk mendengar bacaannya. Selepas solat , ramai yang memuji dan kagum dengannya. Dia dengan penuh bangga dan selambanya berkata ; " Itu BELUM lagi saya AMBIL WUDHU! ". semua orang yang menjadi makmum terdiam seketika lalu sembahyang semula.

Dari Abu Hurairah ra. berkata: "Ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sedang berbicara di depan suatu kaum, seorang Badui datang kepadanya dan berkata: 'Kapankah datangnya hari kiamat?' Rasulullah meneruskan pembicaraannya. Maka sebagian orang berkata: 'Rasulullah telah mendengar apa yang dikatakan orang Badui itu tetapi beliau tidak menyukai pertanyannya.' Sebagian lain berkata: 'Rasulullah tidak mendengarnya'. Ketika selesai bicara, beliau berkata: 'Mana orang yang tadi bertanya tentang hari kiamat?' Orang itu berkata: 'Inilah aku, wahai Rasulullah'. Rasulullah bersabda: 'Apabila amanat telah disia-siakan maka tunggulah datangnya hari kiamat'. Dia berkata: 'Bagaimanakah menyia-nyiakannya?' Rasulullah bersabda: 'Apabila suatu urusan dipercayakan kepada orang yang tidak berhak, maka tunggulah datangnya kiamat'. Bukhari, 59, 6496. Salam Perjuangan

No comments:

Post a Comment