Thursday, August 25, 2011

Peringatan Surah Al-'Asr







Ingat Mengingati antara satu sama lain.


Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran



Surah Al-'Asr

Hakikatnya, manusia tidak terlepas dari lalai dan membuat kesilapan. Oleh itu ingat-mengingati sangat penting sesama manusia terutama anda yang duduk dalam badan fisabilillah.Ingatlah bahawa, kita adalah benteng terakhir sekiranya polis dan tentera sudah tidak mampu menyelamatkan negara. Kita harus redha jika diberi kerja tanpa gaji semata-mata untuk mempertahankan Agama Bangsa dan Tanah Air kita! Inilah perjuangan Fi Sabilillah di Malaysia.


Duduk dalam badan Fi-Sabilillah, kita perlulah memahami apa yang telah dilafazkan semasa mula-mula naik dulu. Jangan salah guna, nanti kifarah akan diterima. Duduk dalam badan fisabilillah ini sangat istimewa, tapi ia boleh jadi paling teruk jika kamu melanggar apa yang kamu lafazkan dulu. Di sini saya ingin mengambil peluang untuk mengingatkan diri saya dan ahli seperjuangan sekalian, janganlah sesekali kita membezakan antara adik beradik kita. Tidak kira siapa, atau dari mana asal pun, kita semua satu perjuangan.Jangan sesekali memutuskan hubungan di antara kita, RAHSIA 'dalam' tidak seharusnya dibuka pada yang bukan SEJALAN dengan kita. Ini AMANAH... jika kamu 'buka' kifarah akan menimpa kamu,apatah lagi memutuskan hubungan sesama kita! Jika ada yang berselisih faham sampai ingin memutuskan hubungan sesama kita, hendaklah kita mengingati sesama kita, kadang-kadang kita terlupa hubungan kita ini akan kekal. Walauapapun alasan, TIDAK AKAN SESEKALI hubungan ini boleh diputuskan!


Saya minta, agar kita semua memahami perjuangan sebenar, jumpa Ayahanda atau Kekanda untuk mengaji sampai pandai. Pandai=tahu+faham+aplikasi. Jangan lalai dan lupa. Pihak musuh sentiasa memerhati kita dan sentiasa mencari jalan untuk memecah belahkan kita! Janganlah kita terpengaruh dengan hasutan yang boleh merosakkan tali persaudaraan kita!

Ingatlah dunia ini kita duduk sekejap saja! Semuanya akan musnah dengan kehendak ALLAH. Hanya ALLAH saja yang akan kekal!

Apa pun yang kita buat hanya kerana ALLAH!




PERJUANGAN FI-SABILILLAH ADALAH KERANA ALLAH!

No comments:

Post a Comment