Friday, August 19, 2011

Perjuangan Islam Dahulu Dan Sekarang..

Sumbangan para ulamak dalam perjuangan Islam dan dakwah Islamiah di Alam Melayu adalah satu sumbangan besar yang tidak boleh dilupakan. Sumbangan ini sungguh bermakna dan perlu dilihat secara 'ilmiah' supaya keunggulan sejarah ini tidak dikuburkan oleh pihak musuh Islam.

Zaman baru

Beberapa sarjana tempatan seperti Prof. Syed Muhammad Naqiub Al-Attas dan lain-lain dengan tegas telah membuat rumusan bahawa Islamlah yang telah memulakan zaman baru di Alam Melayu. Begitu juga, Abu Bakar Hamzah dalam mengulas pengaruh majalah al-Imam yang diasaskan oleh Sayid Syeikh Al-Hadi bahawa ada sarjana orientalis menganggap majalah itu dari satu segi adalah berorientasikan politik. Pengaruh al-Imam di kalangan masyarakat Melayu terbukti tatkala beliau menyimpulkan, "al-Imam menerbitkan makalah-makalah tentang teori-teori dan pemikiran politik walaupun bidang pengetahuan ini masih baru bagi orang Melayu". Ini bermakna bahawa kedatangan Islam telah mencetus semangat perjuangan Islam di kalangan masyarakat Melayu untuk membawa perubahan-perubahan besar dalam sejarah dan peradaban rantau Alam Melayu.

Di antara perubahan-perubahan besar itu termasuklah:-
a) Merombak pandangan hidup masyarakat serantau, mengeluarkan mereka dari alam metos ke
alam aqidah dan intelektualisme.
b) Mengangkat peranan Bahasa Melayu sebagai media penyebaran Islam..
c) Dalam bidang politik Islam telah menjadi faktor penyatuan ummah Melayu dan Kesultanan
Melayu, khususnya dalam menghadapi pencerobohan penjajahan Barat.

Al-Quran dan Al-Hadis

Perjuangan Islam di kalangan masyarakat Melayu berlaku sejak kemasukan Islam ke rantau ini. Pada abad ke 15 perjuangan tersebut adalah berteraskan ajaran Al-Quran dan Al-Hadis. walaupun rantau Melayu pernah mempunyai tamadun yang diperjuangkan sebelum kedatangan Islam, namun perjuangan masyarakat Melayu pada waktu itu umumnya mementingkan perjuangan pembangunan kebendaan semata-mata. Perjuangan masyarakat Melayu yang hakiki ialah untuk penghayatan Islam serta menyebarkan Dakwah Islamiah.

Pusat-pusat penyebaran dakwah dan perjuangan Islam sebelum meluas di Tanah Melayu telah tersebar di merata tempat di Nusantara termasuk Aceh., Riau Banjar, Melaka, Jawa, Pattani, Berunei, Kelantan dan Champa.

Manakala ulamak-ulamak besar yang terlibat dengan perjuangan Islam sama ada di peringkat awal atau terkemudian di antaranya ialah Syeikh Mohd Tahir bin Jalaluddin, Syed Sheikh al-Hadi, Haji Abbas bin Mohd Taha, Haji Muhamad bin Yusof (Tok Kenali), Haji Abu Bakar Al-Baqir, Prof. Datuk Zulkifli Muhamad dan lain-lain lagi (sekadar beberapa nama).

Semangat perjuangan Islam di kalangan masyarakat Melayu sebenarnya berlaku kerana didorong oleh beberapa faktor penting.

Pertama, pengaruh aqidah dan ajaran agama Islam. Apabila Islam telah mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu, maka dengan sendirinya Islam telah dijadikan unsur nilai dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan yang demikian Islam dan aqidah yang benar (sohih) merupakan pengaruh teras yang kukuh dalam perjuangan bagi menegakkan Islam sebagai cara hidup mereka. Sebab itulah bagi mereka, agama Islam adalah undang-undang bagi umat Islam, terutama sekali dalam hal-hal yang bersangkutan dengan soal politik, ekonomi, sosial, budaya, pendidikan dan lain-lain.

Islah

Kedua, pengaruh gerakan Islah, pada awal abad 20 Masihi masyarakat Melayu rantau ini telah dipengaruhi oleh gerakan Islah, iaitu satu gerakan perjuangan pembangunan dan pembaharuan yang berasakan SALAFIYY, iaitu pegangan dan ajaran Islam yang diamalkan oleh Rasullullah s.a.w. dan para-para sahabat dalam tempoh tiga ratus tahun dari kewafatan Rasullullah.

Gerakan Islah yang berlaku dirantau ini secara umumnya dapat dibahagikan kepada dua aliran iaitu dari Asia Barat (Timur Tengah) dan India. Apa yang dimaksudkan dengan aliran Asia Barat ialah fahaman Islah yang berpengaruh dengan pemikiran tokoh-tokoh Islah seperti Ibnu Taimiyah, Jalaluddin Al-Afghaniyy, Muhamad Abduh dan Rashid Rida. Manakala aliran dari India berpengaruh dengan faham pembaharuan yang bersumberkan pemikiran Shah WaliyyuLlah ad-Dahlwiyy. Gerakan Islah aliran Asia Barat teryata lebih besar pengaruhnya di kalangan masyarakat Melayu dan telah diperjuangkan oleh ulamak-ulamak lulusan Pusat Pengajian Islam Mesir dan Mekkah seperti Sheikh Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh al- Hadi dan lain-lain lagi.

Ketiga, semangat gerakan Hizbul- muslimin (HAMIM). Perjuangan masyarakat Melayu terutama golongan Islam telah meningkat apabila sampai tahap perjuangan politik per-juangan menubuhkan sebuah parti politik Islam Hisbul-Muslimin pada 14 Mac 1948 di Gunung Semanggol, Perak. Dasar Hamim ialah Islam. Begitu juga kebangkitan anti-British di Perak (Maharaja Lela), Pahang (Bahaman) dan Terengganu (Abdul Rahman Limbong) dikatakan juga di atas semangat jihad dan mengambil semangat perjuangan Hamim.

Amanat Pejuang


Perjuangan Sekarang..
Semuanya Berubah Kerana POLITIK..

Rujukan : Sini

Salam Perjuangan..

No comments:

Post a Comment