Monday, August 22, 2011

RAHSIA THE LI BLOODLINE


MEMBONGKAR RAHSIA THE LI BLOODLINE


13 Illuminati Bloodlines: 

The Astor Bloodline

The Bundy Bloodline

The Collins Bloodline

The DuPont Bloodline

The Freeman Bloodline

The Kennedy Bloodline

The Li Bloodline

The Onassis Bloodline

The Reynolds bloodline

The Rockefeller Bloodline

The Rothschild Bloodline

The Russell Bloodline

The Van Duyn Bloodline

Ini adalah tulisan berkenaan Keluarga Li (sebenarnya Keluarga Li dieja sebagai Lee dalam sesetengah tempat seperti Hokkien, Teochew, Singapura dan sesetengah Cina Amerika). Menurut kajian ini, The Li Family adalah satu keluarga Cina yang terhormat, telah menyertai 'secret societies' tajaan The Hidden Hand. 

BAGAIMANA NAMA-NAMA ORANG CINA DIBENTUK

Sesebuah nama Cina dibentuk dari nama keluarga (surname),yang mana ia ditulis dahulu dan kemudian barulah nama seseorang itu.Nama keluarga biasanya mengandungi satu karakter setiap satu,walaupun di sana ada pengecualian seperti Ouyong dan Situ.Terdapat lebih 6000 nama keluarga Cina untuk lebih kurang 1 billion penduduk Cina.Nama keluarga Cina yang kerap digunakan di negara-negara berbahasa Inggeris (Amerika,U.K dan Australia) adalah seperti Chan, Lin, Li, Wong, Huang, Mei, Yang, Chin dan Fong. Di Tanah Besar Cina, 5 keluarga Cina yang elit adalah Chen, Li, Zhang, He dan Huang.

Nama keluarga dalam tradisi Cina adalah lebih memberikan makna berbanding orang-orang Amerika.

Nama keluarga 'Li' adalah amat popular di China,mungkin tidak seperti nama Smith di Amerika tetapi mungkin seperti nama Brown.Seseorang Cina yang mempunyai nama keluarga yang sama dengan seseorang yang lain mempunyai kesetiaan yang tinggi berbanding orang lain yang tidak sama nama keluarganya. Contohnya, jika dua orang Cina mempunyai nama keluarga Li maka mereka dengan segera dapat berhubungan dengan baik walaupun sebelumnya mereka saling tidak mengenali. Walaupun mereka tidak mempunyai pertalian darah sekalipun jika ada di antara mereka berkahwin antara satu sama lain, ini boleh dikatakan sebagai sumbang mahram (incest) di China.

Jika di Amerika dua orang bernama Brown bertemu, mereka tidak akan merasakan hubungan yang erat sebagaimana dua orang Li bertemu di China. Nama Li mempunyai sejarah yang panjang yang mana berbalik kepada orang tertentu seperti Maharaja Zhuanzhu iaitu dikatakan Li yang pertama dan hidup sebelum tahun 2000 Sebelum Masehi. Ini adalah menurut Xing Juan, kamus nama-nama keluarga Cina. Keluarga Li juga mempunyai sejarah lama dan berkaitan dengan banyak cerita. Ketika Dinasti Tang lebih kurang 15 nama keluarga berbeza telah diberi penghargaan kerana memiliki nama Li. Li Yuan adalah pengasas Dinasti Tang yang mana berlangsung dari 618 ke 906 Masehi. Anaknya yang memerintah selepas dia adalah Li Shimin. Ketika dinastinya, percetakan dan duit kertas telah diperkenalkan di China (adalah menarik bila mengetahui kaitan Li dengan pengenalan duit kertas-bandingkan dengan Yahudi Rothschild dan penguasaan sistem kewangannya).

Dalam sejarah dunia moden, terdapat 3 orang Li telah menonjol dipentas dunia :
  1. 'Billionaire' dan pemerintah 'de facto' Hong Kong, Li Ka-Shing
  2. Pemerintah China 'Merah' Komunis, Li Peng
  3. Presiden dan diktator Singapura, Lee Kuan Yew
Masih lagi samar-samar adakah mereka ini adalah 'Li' yang saling berhubung.Namun mereka mempunyai 'surname' yang sama dan sudah tentu mereka mempunyai perkaitan serta berbangga dengannya.

Jika kesemua Li ini yang mana mengawal pelbagai negara saling berhubung,kita sedang membicarakan satu keluarga yang amat berkuasa di dunia. Yang manakah sebahagian daripada Illuminati?
Menurut kajian, Li Ka-Shing dan keluarga Li yang berkuasa di Hongkong adalah tidak diragukan sebahagian dari Illuminati. Ini tidak menghairankan apabila diketahui 'The Hidden Hand' gemar memburu orang-orang yang kaya, berpengaruh dan berkuasa di dunia untuk dijadikan hamba-hamba pencacainya. Walaupun masih samar-samar perkaitan antara mereka,namun ada sesuatu yang menarik yang merupakan petunjuk kepada 'secret societies' Cina dan Illuminati.

Sebagai pembuka cerita, mengapa Rockefellers dan Rothschilds mempunyai hubungan rapat antara Li China Merah? Mengapa Perdana Menteri Republik Rakyat China, Li Peng menemui Rockefellers dan para kapitalis yang lainnya ketika dia datang ke New York? Padahal Li Peng adalah komunis tegar yang bertentangan dengan kapitalis? Bukankah Komunis telah menamakan Kapitalis sebagai musuh ketatnya? Dan apabila kita menyaksikan orang-orang dalam Illuminati seperti Skull and Bones (ini kelompok rahsia George Bush) iaitu George Bush melayan dengan baik dan amat rapat, padahal Li Peng baru sahaja menaikkan kemarahan Barat dengan Peristiwa Tiannamen? Ini adalah amat misteri dan sesuatu yang menarik untuk disingkap. Sebenarnya telah diketahui oleh pengkaji konspirasi dunia bahawa China Komunis sememangnya bekerja untuk New World Order? Aneh?
Tidak, kerana fahaman komunis sebenarnya adalah rumusan idea 'The Hidden Hand' untuk memporak porandakan dunia, supaya sistem 'Ordo Ab Chao' dan Divide and Rule-nya berjalan lancar. Kitab komunis 'Das Kapital' adalah sarat dengan perancangan Illuminati dan Freemason untuk mengelirukan manusia. Ia ibarat Protocols of The Learned Elders of Zion baru untuk memisahkan dunia kepada Blok Barat dan Blok Komunis. Hasilnya, mereka berjaya memecahkan bangsa Korea sehingga ke hari ini serta Vietnam dan Jerman buat sementara. Amat penting untk mengawal negara yang padat penduduknya seperti China dan Russia dengan satu fahaman ekstrem seperti komunis. Apabila mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, kemiskinan adalah sesuatu yang sukar dielakkan. Maka konsep Komunis yang memiliknegarakan ekonomi seolah-olah sesuatu yang bagus untuk kesejahteraan rakyat China dan Russia. Tetapi yang diselindungkan adalah beribu-ribu rakyat kedua-dua negara mati akibat menentang sistem 'The Hidden Hand' ini.

Hakikatnya China dan Russia masih diperintah oleh Illuminati melalui boneka-bonekanya. Di manakah Maharaja China yang gagah dan hebat dahulu? Negara-negara naungan, sahabat mahupun seterunyanya yang lebih kecil seperti Kesultanan Melayu, bangsawan Thai dan bangsawan Jepun masih mengekalkan keturunan dirajanya. Adakah kita mendengar keturunan bangsawan China contohnya Maharaja Shih Huang Ti disebut-sebut dalam berita perdana pada hari ini? Tiada.

Yang tinggal adalah Forbidden City sahaja tanpa Maharaja dan keluarganya.Keturunan Maharaja China telah lama pupus oleh talibarut Illuminati iaitu komunis yang menghapuskan sistem monarki yang dibangga-banggakan orang Cina sejak beribu tahun dahulu.Hanya satu jalan sahaja semua ini dapat dilaksanakan oleh Illuminati adalah melalui hubungan mereka dengan Keluarga Li yang bekerja untuk NWO.
Siapakah yang membunuh Maharaja China dan menghapuskan sistem monarki yang berjalan sejak beribu tahun dahulu dengan dinasti-dinasti agung China memerintah dan menyatukan China? Sejak Maharaja China tahu taktik Barat ingin menguasai jajahan-jajahan China yang luas itu, beliau tetap menolak segala helah Barat untuk masuk ke dalam pentadbiran China. Hasilnya ialah siri Perang Candu yang mengaibkan bangsa Cina.Siapa kata hanya Melayu sahaja tertipu dengan perjanjian berat sebelah kuasa barat? Taktik Illuminati di China berbeza dengan taktiknya di Kepulauan Melayu, mereka menyeludup candu dalam jumlah yang banyak untuk melekakan orang-orang Cina. Sila lihat siri Once Upon a Time in China yang menceritakan taktik Barat memberikan dadah kepada rakyat Cina. Tentang talibarut-talibarut Barat yang rakus ingin membunuh Maharaja China.

Apabila orang-orang Cina sudah leka dengan segala kekayaan dan hiburan yang dibawa oleh Barat, maka rasa hormat dan sayang kepada maharaja mereka sudah hilang. Padahal itulah simbol keagungan bangsa China dan tradisi yang amat lama yang sepatutnya dipertahankan sepertimana orang-orang Melayu yang amat sayang kepada raja-raja mereka walaupun 1001 cara Barat untuk merendah-rendahkan setidak-tidaknya, walaupun hajat besar mereka ialah menghapuskan terus Raja-raja Melayu sepertimana mereka berjaya menghapuskan Maharaja China.
Siapa yang membaca biografi Puyi iaitu Maharaja terakhir China, sudah tentu amat sedih dengan perlakuan dan biadab sesetengah talibarut Illuminati Cina yang tidak menunjukkan rasa hormat langsung terhadap maharaja mereka. Terutama ketika Revolusi Budaya oleh Mao Zedong menyaksikan Puyi menjadi sasaran mudah provokasi oleh Red Guard, satu militan muda Cina komunis. Ketika itulah Maharaja Puyi yang telah dilucutkan taraf maharajanya menghadapi tekanan demi tekanan hidup yang amat hebat, malu dan maruah yang tercalar, pernah ditangkap oleh kerajaan Rusia,kerajaan asing yang memenjarakannya dan diburu oleh revolusi komunis yang dimulakan oleh Dr. Sun Yat Sen. Maharaja China yang dahulunya gagah dan hebat menjadi hina dan terbuang di negara sendiri.
Sungguh beruntung raja-raja Melayu yang masih disayang-sayang oleh orang Melayu yang gigih mempertahankan warisannya sehingga ke hari ini walaupun pihak Illuminati mengupah bermacam-macam talibarut, menggunakan 1001 cara serta membuat pelbagai perjanjian berat sebelah untuk menghapuskan intitusi kesultanan Melayu tetapi orang Melayu masih degil memegang erat takhta raja mereka dan raja-raja Melayu juga bagaikan melekat kukuh di atas takhta walaupun anjing British paling hebat, Harold MacMicheal dikirim ratu England, berusaha menarik, menyepak dan menunjal-nunjal sultan-sultan Melayu supaya meninggalkan takhta namun usahanya sia-sia. Kesultanan Melayu masih gagah dan tidak hilang dari peta dunia walaupun diasak oleh kuasa imperialis yang hebat. Tidaklah dapat dibandingkan dengan raja Thai kerana raja Thai tidaklah menerima dugaan yang hebat sepertimana yang diterima oleh raja-raja Melayu. Mungkin kejayaan terbesar pihak Barat ialah menjadikan negeri Melaka tiada bersultan sehingga hari ini tetapi warisannya masih ada di Perak dan Johor.

Rakyat Cina yang berbilion lebih banyak dari orang Melayu di Tanah Melayu nampaknya tidak dapat mempertahankan seorang maharaja mereka. Ini yang menyebabkan seorang Li dihantar ke Kepulauan Melayu untuk mengawasi sultan-sultan Melayu. Mengapa?
KERANA SALASILAH AHLI BAIT TELAH MENGALIR KE DARAH KETURUNAN SULTAN-SULTAN MELAYU.

Sistem monarki adalah penghalang sebahagian plan 'The Hidden Hand'. Oleh kerana itulah, sistem monarki di China dihapuskan dan diganti dengan sistem komunis. Kesultanan Melayu tidak terhapus tetapi berjaya dikurangkan. Siapa Lord Reid? Seorang Freemason yang tidak akan melepaskan kemerdekaan Tanah Melayu kecuali undang-undang Islam tidak terlaksana di bumi Melayu. Siapakah Maharaja China? Sebenarnya maharaja-maharaja China rata-ratanya adalah sahabat baik negeri-negeri Melayu. Maharaja China juga menyambut baik utusan nabi, Saad Abi Waqqas dalam mengembangkan Islam sehingga sahabat nabi itu meninggal di China.
Cuba jawab soalan ini, mengapa empayar China yang besar itu, langsung tidak mengusik negeri-negeri Melayu? Mungkin bukan sukar untuk askar-askar China yang ramai itu menakluk kerajaan-kerajaan Melayu yang terpecah-pecah itu. Mengapa? Adakah Maharaja China gerun dengan negeri-negeri Melayu? Apa rahsianya? 

INI ADALAH MISTERI TERBESAR DALAM HUBUNGAN KLASIK ANTARA BANGSA MELAYU DAN BANGSA CINA.

Padahal raja Chola dari India bersusah payah berusaha menakluk negeri-negeri Melayu manakala tentera Monggol telah berjaya sampai di Jawa dan menjatuhkan kerajaan Singhasari di sana, sebelum dikhianati oleh rakan kongsi mereka dari kalangan orang Jawa yang sebenarnya mempergunakan kuasa Monggol untuk memusnahkan musuhnya dan selepas menghalau Monggol keluar dari Jawa, lahirlah Majapahit.

APAKAH RAHSIA DI ANTARA BANGSA MELAYU DAN BANGSA CINA SEJAK BERIBU-RIBU TAHUN DAHULU?

MENGAPA DALAM SEJARAH HUBUNGAN KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU DAN EMPAYAR CHINA, TIADA PUN PENCEROBOHAN ATAU PENAKLUKAN DARI EMPAYAR CHINA KE ATAS NEGERI-NEGERI MELAYU?

Rahsianya ialah, sebenarnya Empayar China dan kerajaan Melayu purba mempunyai hubungan diplomatik yang sangat erat, BANGSA CINA DAN BANGSA MELAYU PADA ZAMAN DAHULU ADALAH BERSAHABAT BAIK DAN SALING TOLONG-MENOLONG.

Tetapi terdapat satu rahsia lain yang melibatkan hubungan terahsia antara keturunan Maharaja China dan orang-orang Melayu.

Jadi mengapa pada hari ini terdapat orang-orang Cina yang bersifat terlampau perkauman dan rasis serta tebal sikap kauvinis Cinanya? Mengapa Cina Singapura bekerjasama dengan Zionis untuk mengawal pergerakan Melayu-Islam di Kepulauan Melayu?

Jika dahulu Maharaja China selalu membantu negeri-negeri Melayu dalam perdagangan dan hubungan diplomatik dan pernah bersetuju menaungi negeri-negeri Melayu dari ancaman musuh (ketika itu boleh diibaratkan China adalah kuasa besar di sebelah Timur manakala Rom dan Parsi di sebelah barat) mengapa ada sesetengah pemimpin-pemimpin Cina pada hari ini benci malah ingin menghapuskan kuasa politik orang-orang Melayu terhadap tanah airnya sendiri?
|Gamber terakhir Maharaja Puyi|

Sesungguhnya ketika The Last Emperor, Maharaja Puyi menghembuskan nafas terakhir pada tahun 1967 di Beijing, orang-orang Melayu telah kehilangan salah satu sahabat baik mereka. Yang tinggal selepas itu adalah pemimpin-pemimpin Komunis Cina yang kejam dan dirasuk racun Illuminati penyembah Iblis.

Mengapa orang-orang Cina pada hari ini sebahagian dari mereka menjadi musuh dalam selimut kepada orang-orang Melayu? 
|Kenangan : Dua individu penting dalam sejarah bangsa Melayu-Cina|

Orang Cina yang menjadi Melayu adalah Cina Komunis dan Cina Zionis. Bukannya Cina Konfusius atau Tao atau yang mengamalkan ajaran-ajaran Buddha. Masih ada orang-orang Cina Buddha yang berpegang teguh pada ajaran Konfusius dan Tao yang tidak mahu bersikap rasis terhadap orang Melayu.
|Lee Kuan Yew bersama Yitzhak Rabin|

Cina Komunislah yang diajar tentang sifat kejam dan tidak berperikemanusiaan oleh Illuminati-Zionis supaya menghapuskan orang-orang Melayu ketika Tanah Melayu kosong dari pemerintahan pusat selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu dan British belum tiba lagi ketika itu.Mengapa secara tiba-tiba Parti Komunis Malaya beria-ria untuk memerintah Malaya dan kelam kabut melakukan huru hara melalui militannya yang dikenali sebagai tentera Bintang Tiga?

Di Kota Singa, berdiamlah Maharaja China Illuminati yang baru!

No comments:

Post a Comment