Monday, August 29, 2011

Sebuah bunker rahsia ditemui cukup lengkap untuk keperluan hidup Gaddafi


Sebuah bunker rahsia ditemui cukup lengkap untuk keperluan hidup Gaddafi


                                                  Diterjemah dari fiqhislam




Bunker Kaddafi Full AC, Dilengkapi Logistik Makanan & Masker Anti Gas
Pasukan pemberontak mendakwa berjaya menguasai markas pesembunyian Muammar Kaddafi di Tripoli, Libya. Mereka bahkan berjaya menceroboh bunker rahsia Khadafi di Bab al-Azizia dan mencari laluan terowong bawah tanah.

Demikian seperti dikutip dari dailymail.co.uk, Jumaat (26/8/2011). Pasukan pemberontak bersenjata, berjaya masuk ke dalam terowong bawah tanah yang menghubungkan markas persembunyian Kaddafi. Dengan bersenjatakan AK47, mereka menendang pintu, merubuhkan dinding terowong yang mempunyai pendingin ruangan tersebut.

Di sepanjang terowong yang berbentuk seperti labirin tersebut, para pemberontak berjaya mencari bunker-bunker yang mengandungi pelbagai barang, seperti logistik makanan, tempat tidur plus kasur dan masker anti gas. Dari keadaan bunker, nampaknya Kaddafi telah lebih dulu melarikan diri melalui terowong tersebut.

Dalam setiap bunker mempunyai pendingin ruangan dan saluran telefon. kemungkinan tempat ini menjadi tempat perancangan aksi Kaddafi sepanjang krisis Libya berlangsung.

Dalam tayangan yang disiarkan Al Jazeera, kelihatan para pemberontak yang bergerak hati-hati masuk ke terowong tersebut dalam keadaan gelap. Mereka membuka pintu-pintu bunker yang berat dan mencari pelbagai pengudaraan di setiap sudut terowong.

Menariknya, para pemberontak dan warga Libya tidak mensia-siakan kesempatan ini untuk merampas pelbagai barang-barang lain yang ditemui dari dalam bunker tersebut. Barang-barang yang dirampas bermacam jenis. Mulai dari barang seharian seperti basikal atlet, basikal anak-anak, karpet, mainan dan boneka, hingga sebuah trak pelancar roket yang juga ditemui di dalam bunker Khadafi tersebut.

Pada Kamis (25 / 8) malam waktu tempatan, pasukan pemberontak berusaha keras untuk mencari Khadafi yang kini menjadi orang yang paling dicari di Libya itu. Selain di markas Bab al-Azizia, pemberontak juga berjaya mengepung kompleks pangsapuri di kawasan Abu Salim, yang dipercayai menjadi tempat persembunyian Kaddafi dan anak-anaknya.

Sekitar 1000 tahanan pemberontak bersenjata berperang dengan pasukan tentera Kaddafi di kompleks tersebut. Tiga bangunan terbakar dalam aksi serangan tersebut. Sembilan anggota pasukan tentera Kaddafi dan belasan anggota pasukan pemberontak pun terbunuh. Namun, tidak ada tanda-tanda kewujudan Kaddafi dan keluarganya di kompleks tersebut.

Al Jazeera bahkan melaporkan bahawa semalam pasukan pemberontak berjaya menguasai markas Badan Perisikan Libya. Sejumlah dokumen penting dan rahsia berjaya diperolehi dengan selamat.

Sharing is caring.. "Sampaikan dakwah walaupun sepotong ayat"
Harap share di facebook atau twitter anda.. Salam Perjuangan..

No comments:

Post a Comment