Friday, August 19, 2011

Sejarah Singapura

Sejarah Singapura




Pada 27 dan 29 Januari 1965, Pengerusi NCP, Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PAS dan beberapa orang ahli terkemuka Barisan Sosialis yang dituduh bersubahat dalam komplot Pro-Indonesia untuk menggulingkan kerajaan Malaysia telah ditangkap. Dua minggu kemudian Barisan Sosialis mengadakan satu perhimpunan di Kuala Lumpur yang kemudiannya berubah menjadi satu rusuhan.

Ramai ahli politik sayap kiri ditangkap menyebabkan pihak pembangkang tidak mempunyai pemimpin. Lee Kuan Yew merebut peluang ini dan seterusnya berjaya menyatukan PAP, SUPP, UDP, PPP dan MACHINDA (parti yang dikuasai oleh orang Cina dan ditubuhkan di Sarawak pada tahun 1964) ke dalam suatu Konvensyen Peprpaduan Malaysia yang berikrar untuk membina “Malaysia untuk rakyat Malaysia” bukannya “Malaysia untuk rakyat Melayu”.

Dalam pada itu, barisan pemimpin UMNO mula meragui sama ada persekutuan dengan Singapura boleh diteruskan ataupun tidak. Ini disebabkan sekiranya Lee Kuan Yew berjaya menyatukan pengundi-pengundi Cina dan India serta sebahagian besar pengundi bumiputera Sabah dan Sarawak, mungkin beliau akan mendapat cukup kerusi untuk mengetuai sebuah kerajaan bukan Melayu. Pada masa itu, terdapat khabar angin bahawa Lee Kuan Yew sedang mengatur rancangan untuk membentuk satu kombinasi negeri-negeri Singapura, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Desakan demi desakan dibuat kepada pemimpin-pemimpin UMNO supaya Majlis Undangan Negeri Singapura dibubarkan dan terus ditadbirkan secara langsung daripada ibu negara (KL). Lee Kuan Yew tetap tidak beralah. Sebaliknya Konvensyen Perpaduan Malaysia memperhebatkan kempennya terhadap UMNO, baik dalam majlis-majlis Undangan Negeri mahupun perhimpunan umum dengan menggunakan ungkapan “Malaysia untuk rakyat Malaysia”

Sekiranya kempen tersebut berhenti setakat itu sahaja, mungkin orang Melayu dapat bersabar. Apabila kempen-kempen tersebut mula menyelitkan ketidakyakinan mereka tentang kemampuan Perikatan yang dikuasai oleh UMNO untuk merealisasikan konsep berbilang kaum, orang Melayu mula berasa marah.

TAR sendiri dengan perasaan marah mengumumkan bahawa sekiranya Singapura ingin kekal sebagai sebahagian daripada Malaysia, maka Singapura harus mencara seorang pemimpin yang lebih stabil dan mahu bekerjasama. Reaksi Lee Kuan Yew terhadap kenyataan tersebut ialah membuat cabaran terhadap UMNO, serta membentangkan dalam Parlimen suatu pindaan, iaitu kenyataan rasmi mengenai dasar-dasar kerajaan pada masa akan datang.

Cabaran dan pembentangan yang dibuat pada 27 Mei 1965 ini juga memasukkan kekesalan Lee Kuan Yew kerana kenyataan itu tidak mempunyai sebarang jaminan bahawa negeri ini benar-benar akan menjadi negeri Malaysia untuk orang Malaysia. Perbahasan yang berlanjutan dengan emosional dan perasaan benci membenci berakhir pada 31 Jun, apabila Tunku menyerahkan kepada TAR untuk menutup perbahasan bagi pihak kerajaan.

Semasa Tunku ke Britain, Tun Abdul Razak secara sementara telah mengambil alih pemerintahan sebagai Pemangku PM. Beliau mengadakan perjumpaan dengan Lee Kuan Yew dengan harapan satu penyelesaian boleh menjaga nama baik kedua-dua pihak dicapai. Perjumpaan itu gagal. TAR menghubungi Tunku di London dan memberitahunya bahawa tidak ada peluang lagi bagi Lee Kuan Yew untuk membetulkan pendiriannya. Tunku menasihatkan TAR supaya berusaha mencari jalan penyelesaian yang lebih baik.

Rundingan selanjutnya dilakukan antara TAR dan Dr Goh Keng Swee (bekas ahli ekonomi yang menjadi Menteri Kewangan Singapura). TAR mendapati walaupun beliau mempertahankan Malaysia, tetapi sikap menteri-menteri Singapura yang berunding dengan beliau tidak mahu bertolak ansur. Menjelang hujung bulan Julai 1965, TAR akhirnya berpendapat tidak ada gunanya lagi berunding dengan Singapura. Jalan penyelesaian yang terbaik bagi Malaysia dan Singapura ialah berpisah.

Sehubungan itu, TAR membuat ketetapan bahawa adalah baik bagi pihak yang terlibat sekiranya perpisahan itu dilakukan secepat mungkin. Apabila dimaklumkan, Tunku menyerahkan tugas membuat peraturan-peraturan menyingkirkan Singapura kepada TAR. TAR memberitahu Dr. Goh apa yang akan berlaku dan meminta supaya mengetuai perwakilan Singapura yang akan menyusun syarat-syarat pemisahan itu. Akhirnya Singapura telah menjadi sebuah republik yang merdeka pada 9 Ogos 1965. Cita-cita Lee Kuan Yew tercapai.

Kronologi Perpisahan.

Sebelum menjelang pilihanraya, Lee Kuan Yew telah bertindak memperkecilkan MCA dan mendakwa pemimpin MCA tidak berkaliber dan bersahabat dgn UMNO

Sikap Kuan Yew dan PAP telah menimbulkan kemarahan bukan shj oleh pemimpin MCA tetapi juga oleh Tunku Abdul Rahman sendiri

Tindakan PAP ini dikatakan cuba mengambilalih peranan MCA yg menjaga kepentingan kaum Cina

PAP bukan shj menjadi musuh org Cina tetapi juga org Melayu
Keretakan hubungan ini semakin ketara dan akhirnya mencetuskan rusuhan pada 21 Julai dan 2 September 1964.

Tunku kecewa dgn tindakan Singapura dan jalan penyelesaian yg terbaik adl melalui perpisahan

27 April 1965, Singapura tlh adakan satu konvensyen untuk membentuk United Opposition Front yg memperjuangkan konsep persamaan hak

Malaysia for Malaysian - tiada sebarang kaum pun yg lebih asli drp kaum lain
9 Mei 1965 - PAP adalah Konvensyen Perpaduan Malaysia yang semakin menyatukan org Cina utk terus memusuhi org Melayu

Kempen Kuan Yew Malaysia for Malaysian akhirnya dibalas oleh pemimpin UMNO - Jaafar Albar dgn slogan Melayu Bersatu

Pemimpin MCA turut merasa tidak senang dgn tindakan Singapura.
Tan Siew Sin & Senator T.H.Tan - pemimpin MCA yg mencadangkan perpisahan Singapura drp Malaysia

7 Ogos 1965 - Kuan Yew & Tunku tandatangani perjanjian perpisahan

9 Ogos 1965 - Parlimen meluluskan Rang Undang-undang Perpisahan
Singapura dgn rasminya keluar dr Malaysia dan menubuhkan republik

Harapan Malaysia jangan jadi seperti Singapura, sejarah mengajar kita betapa peritnya hidup dalam penjajahan.Bangunlah bangsaku hapuskan petualang bangsa.. Salam Perjuangan..

No comments:

Post a Comment