Friday, August 12, 2011

STATEMENT MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA PADA PEKIDA

STATEMENT MAKCIK HAJJAH SITT AL-WUZARA PADA PEKIDA



Perjuangan Islam bermaksud perihal umat Islam berusaha mempertahankan agamanya dan mengatasi
pihak-pihak yang menentangnya.Oleh kerana perkataan juang itu sendiri bermaksud melawan, maka persoalan perjuangan Islam itu menggambarkan betapa unsur perlawanan dn persaingan adalah satu perkara rutin dan lumrah yang pasti ada di dalam Islam dah dihadapi oleh umat Islam tidak kira bila atau di mana mereka berada.

Mahu tidak mahu, setiap muslim terpaksa menghadapi reality perlawanan atau perjuangan sama ada dalam bentuk perseorangan atau perkumpulan, hebat atau hanya pertentangan kecil mengikut tahap keimanan seseorang. Demikianlah, sejak generasi Islam yang pertama pada zaman Rasulullah s.a.w. lagi, umat Islam telah dihadapkan dengan suasana perjuangan yang penuh dengan tekanan dan ujian.

Matlamat utama perjuangan Islam adalah untuk meninggikan kalimah Allah iaitu dengan terlaksananya syariatNya dan tunduknya segala fahaman, agama dan ajaran yang lain. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asy’ari r.a. katanya:

Sesungguhnya seorang lelaki Badwi iaitu Arab
desa datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya: “Wahai Rasulullah! Ada seseorang yang berperang untuk
mendapatkan harta rampasan, ada juga seseorang yang berperang untuk membuktikan kejantanannya
dan ada pula seseorang yang berperang untuk melihat kemampuannya. Oleh itu, siapakah di antara
mereka yang berada di jalan Allah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Barangsiapa yang berperang demi
menegakkan kalimah Allah, maka beliaulah yang berada di jalan Allah.” (Riwayat Muslim)
Allah s.w.t. sendir menuntut agar agamaNya ini siletakkan mengatasi segala ajaran yang lain. Tuntutan ini
jelas dinyatakan oleh Allah ketika menjelaskan tentang matlamat pengutusan Rasulullah s.a.w. kepada
manusia.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
“Dialah (Allah) yang telah mengutus rasulNya dengan hidayah petunjuk dan agama yang sebenar supaya dimenangkanNya atas segala agama walaupun dibenci oleh orang-orang musyrikin.” (al-Saff : 9)

Semoga ALLAH memberikan pengajaran kepada mereka yang membuat kekacauan ini.. Sama2 kita doakan..

No comments:

Post a Comment