Monday, August 22, 2011

Tanda Kiamat [ A Days Of Dajal ]


Kajian Hadis Rasullulah S.A.W - Tanda Kiamat [ A Days Of Dajal ]

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: 
Dajjal akan muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.


Jadi apa maksud di sebalik hadis Rasullulah S.A.W itu?
Kita sebagai umat Islam dan akhir zaman haruslah rajin mengkaji apa yang dimaksudkan oleh rasullulah. Maksud di sebalik hadis ini telah didedahkan oleh seorang ulama terkenal iaitu Syeikh Imran Hussein.

Ada satu hari terasa bagaikan setahun
Dajal memerintah dunia satu hari bagaikan setahun, dia memerintah dunia melalui Great Britain.

Ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan
Dajal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat.

Ada satu hari yang terasa satu minggu
Dajal akan memerintah dunia melalui Holy Land, Jerusalem(Israel)


Alhamdulillah, saya telah jelaskan sedikit perkara untuk memudahkan anda semua memahami apa yang di maksud untuk semua perkara ini. Semasa Dajal memerintah dunia melalui Great Britain, Great Britain adalah kuasa paling kuat dan pound sterling menjadi matawang utama dunia.

Manakala zaman dajal memerintah dunia melalui Amerika Syarikat, Amerika Syarikat adalah kuasa yang paling kuat dan US Dollar menjadi matawang utama dunia.

Dan apabila Dajal memerintah dunia melalui Israel, Israel akan menjadi kuasa utama dunia dan invisible money akan menjadi matawang utama dunia. Sepertimana yang terjadi sekarang, Israel seakan-akan kebal dari undang-undang dunia. Dollar amerika akan jatuh dan semua matawang di dunia ini akan turut jatuh. Sekarang kita dah nampak petanda - petanda ini. Langkah bijak yang diambil oleh Dr. Mahathir adalah dengan menyeru agar kita semua membeli dinar emas, ini kerana harga emas tidak akan jatuh nilainya.

Sekarang kita masukan sedikit bab pengiraan. Menurut Islam, satu tahun syurga bersamaan 1000 tahun manusia dan kita dapat tahu Dajal memerintah melalui great britain selama 1000 tahun. Kerajaan beraja Britain bermula pada thun 900 M.1000+900=1900. Tamatnya pemerintahan Dajal di Great Britain dan beralih kepada satu hari seperti sebulan= Amerika Syarikat

Pada tahun 1917, Amerika Syarikat telah melibatkan diri di dalam perang dunia dan ini adalah langkah untuk menjadikan amerika sebagai kuasa dunia baru. Dajal memerintah dari sana satu hari seperti sebulan. Jadi jika setahun bersamaan 1000 tahun, satu bulan bersamaan 1000/12=83 tahun...1917+83=2000.

Tamatnya pemerintahan Dajal melalui Amerika adalah pada tahun 2000. Apa yang telah terjadi pada tahun 2000?

George W.Bush menjadi Presiden Amerika Syarikat.

Dajal memerintah dunia melalui Israel pada tahun 2000 dan menjadikan kita berada di satu hari yang terasa satu minggu.

Dan bermulalah zaman yang penuh dengan kekejaman dan penzaliman ke atas umat Islam seluruh dunia.

2001

World Trade Center (9/11)
Ini adalah konspirasi pihak Illuminati sendiri untuk dijadikan modal menyerang umat Islam. Osama Laden adalah 'spacegoat' mereka.Untuk maklumat lanjut, klik sini!


2002


Afghanistan Diserang Dengan Alasan Memburu Pengganas dan Osama


2003



Serangan dan penaklukan ke atas Iraq dengan alasan keganasan dan pengganas


2006


Serangan Ke atas Lubnan


2009



Serangan Ke Atas Gaza

Semakin lama semakin cepat masa berlalu, peperangan berlaku dalam mase yang singkat.

Selepas 9/11 Amerika Syarikat menubuhkan pangkalan tentera di 10 buah negara sepanjang Asia Barat. Ini untuk memastikan keselamatan Israel. As a Final Capital of New World Order!

Setiap tindakan dan perang yang akan datang adalah untuk perlindungan dan keselamatan untuk Israel. Ini bertujuan bagi mempertahankan Israel sebagai kuasa utama dunia dan selepas itu bermulalah fasa terakhir, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa. Seperti yang disabdakan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Kemenangan adalah bagi sesiapa yang mngikut penyelamat yang benar, Imam Mahdi dan Nabi Isa a.s. Tapi sedihnya kebanyakan kita nanti akan memilih The False Messiah(dajal).

1 comment:

  1. tolong terangkan lebih llanjut... tapi bukan disini... sbb yahudi sdg melihat aper yg kita tulis... klau ader kelapangan, sila lah hubung saya melalui fb melalui group tanda2 kiamat dan dunia akhir zaman. gambar bendera hitam bertulis kalimah lailahaillah... maaf sbb saya berkelakuan janggal... saya x tau mcm mana nk hantar message private... maafkan saya... kat group anda boley mencari saya melalui admin... terima kasih... assalam.

    ReplyDelete